Thursday 24 May 2012

era 1970-1980

Pada tahun 1970, Toyota bermula menunjukkan keberatan untuk meneruskan hubungannya denga Sinjin Automobiles. Selepas Toyota menarikkan diri pada tahun 1972, Shinjin memasuki usaha sama dengan General Motors dan membentukkan General Motors Korea, yang kemudiannya digelar "Saehan Motors" pada tahun 1976.
The Hyundai Pony, automobil jenama Korea yang pertama, dibina pada tahun 1975. Hyundai Motors mencapai ini dengan menggaji George Henry Turnbull dari British Leyland Motor Corporation sebagai naib presiden. Hasil terakhir merupakan usaha sama, yang terdiri daripada:
  • reka bentuk daripada Italdesign;
  • sistem gear dan enjin daripada Mitsubishi;
  • pemindahan teknologi (badan) daripada Perkinson;
  • acuan daripada Syarikat Acuan Ogihara;
  • penekan mesin dari Perancis; dan
  • Kewangan daripada Barclays Bank dan France Suez.
Hyundai mendapat lagi satu kecapaian pertama sewaktu ia mengeksportkan Pony ke Republik Ecuador pada tahun1976. Ini merupakan kereta asli Korea yang pertama dieksportkan.
Pada tahun 1982, Kumpulan Daewoo menguasai Saehan Motors, dan menukarkan namanya kepada "Daewoo Motors" pada tahun 1983. Walau bagaimanapun, industri automobil Korea amat terjejas oleh krisis tenaga 1979 dan kemelesetan ekonomi tempatan yang berikutan. Kerajaan mengambil tindakan untuk mengatasi keadaan yang serba salah ini pada tahun 1982 dengan pelaksanaan "Dasar Rasionalisasi Industri Automobil". Tujuan adalah untuk mengelakkan persaingan terlebih di antara keempat-empat pengilang automobil yang utama: Hyundai Motors, Industri Kia, General Motors Korea, dan Asia Motors. Di samping itu, kerajaan menangguhkan liberalisasi import automobil.
Sinjin Automobiles menukarkan namanya kepada "Syarikat Geohwa pada 1981, dan diambil alih oleh Syarikat Dong-A Motor pada tahun 1985. Pada tahun 1986, syarikat menukarkan nama sekali lagi kepada "Syarikat SsangYong Motor".
Sedangkan penyetempatan bahagian automobil merupakan perkara yang dipentingkan pada dekad 1970-an, pengembangan sistem pengeluaran besar-besaran untuk industri yang berorientasikan eksport menjadi isu pada dekad 1980-an. Hyundai memasuki pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1986 dan menetapkan rekod untuk jualan automobil yang terbanyak pada tahun pertama operasinya di Amerika Syarikat bila dibandingkan dengan jenama kereta yang lain — 126,000 buah kereta. Majalah Fortune memilihkan Excel untuk anugerah "Produk Terbaik 10", sebab utama kerana harganya yang rendah. Dengan kejayaan awal dalam pasaran eksport, syarikat itu bermula menghasilkan model-model yang direka secara dalaman serta dikilangkan dengan teknologi tersendiri pada tahun 1989. Sonata, sebuah kereta sedan yang mempunyai saiz sederhana, merupakan model yang pertama. Walau bagaimanapun, Sonata masih mengandungi banyak reka bentuk dan bahagian Mitsubishi.

No comments:

Post a Comment