Thursday 24 May 2012

Permulaan awal hyundai

Sejarah automobil Korea bermula pada Ogos 1955, ketika Choi Mu-seong, a mekanik kereta Korea, bersama dengan tiga adik-beradiknya, menaikkan enjin pada Jeep Tentera Amerika Syarikat yang telah diubahsuai untuk mencipta kereta pertama yang digelarkan "Sibal".Pada tahun 1960, Sinjin Automobiles (pendahulu Daewoo Motors) melancarkan Sinjin Publica di bawah perjanjian pelesenan teknikal Toyota. Untuk memperkembangkan industri automobil, kerajaan Korea mengumumkan "Dasar Promosi Industri" pada tahun 1962, dan "Akta Perlindungan Industri Automobil" untuk melindungi industri muda ini. Pengilang automobil dihalang beroperasi di Korea, kecuali melalui usaha sama dengan entiti perniagaan tempatan. Usaha kerajaan menyebabkan syarikat-syarikat daripada bidang yang lain memasuki industri ini serta penubuhan syarikat baru. Tiga syarikat telah diasaskan pada tahun 1982:
  • Industri Kejituan Kyeongseong, yang kemudian menukarkan nama kepada "Industri Kia" dan bermula memasangkan kereta dengan kerjasama Mazda pada tahun 1964;
  • Syarikat Industri Automobil Ha Dong-hwan (pendahulu Syarikat Motor SsangYong); dan
  • Automobil Saenara yang diasaskan dengan kerjasama Syarikat Motor Nissan; syarikat ini adalah pengilang automobil yang pertama di Korea yang mempunyai kemudahan pemasangan moden.
Syarikat Asia Motors diasaskan pada tahun 1965, dan Syarikat Hyundai Motor pada tahun 1968 dengan kerjasama teknikal daripada Syarikat Ford Motor.
Walau bagaimanapun, kesemua syarikat ini cuma merupakan pemasang automobil melalui pengimportan bahagian-bahagian daripada rakan-rakan luar negeri.

No comments:

Post a Comment