MELBOURNE, 1 Dis (Bernama) — Hyundai i20 Active dipilih sebagai kereta terbaik di Australia bagi kategori di bawah A$20,000 pada satu majlis di Sydney.
Anugerah Kereta Terbaik Australia 2010 yang diadakan pada malam Selasa, mengumumkan pemenang bagi 15 kategori.Volkswagen Polo 66 TDI Comfortline, Hyundai i30 SX dan Mini Cooper D juga meraih anugerah bagi kategori kereta kecil.
Pemenang lain termasuk BMW M3 Coupe bagi kereta sports terbaik melebihi A$80,000, Volkswagen Tiguan 103 TDI kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaik bawah A$40,000 dan Hyundai iMax kenderaan penumpang terbaik.
Sebanyak 45 finalis dipilih susulan rebiu komprehensif lebih 300 kenderaan oleh hakim daripada kenderaan ringan hingga besar, kereta sport, SUV dan kenderaan penumpang lain.
“Semua finalis adalah kenderaan dengan prestasi dan kualiti tertinggi dan ini menjadikan tugas panel hakim agak sukar,” kata Ketua hakim Kereta terbaik Australia Mark Borlace.
Pemenang dipilih berikutan sisi ujian intensif seminggu di Pusat Penyelidikan Automotif Australia di Anglesea, Victoria.
– BERNAMA
No comments:
Post a Comment